MunajatKu

" Ya Allah, jadikanlah daku manusia yang bermanafaat kepada manusia yang lain"


" Ya Allah, letakkanlah dunia ini di tapak tangan ku tapi bukan di hati ku"


" Ya Allah, janganlah KAU uji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tempuhi, dan andainya KAU berikan aku ujian, maka kepilkan bersama ujian itu kekuatan untuk ku tempuhinya"


Pages

Friday, August 20, 2010

Solat Sunat Taubat

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
Lafaz niat solat sunat taubat
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat:“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah.Kemudian bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
    Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

    Monday, August 9, 2010

    Makanan Oh Makanan



    Assalamualaikum dan salam sejahtera...


    Ehem3 nampak x makanan kat atas tu... nampak kan? tu utk lunch semalam punya hehe.. singgang daging dan sayur terung.. perghhh dah lama mengidam terung... kebetulan ma beli terung pagi semalam terus plan nak goreng dengan ikan bilis. Alhamdulillah di atas rezekiNya ^____^
    Untung kan masak sendiri, sebab kita tahu tahap kebersihannya macam mana. Agak-agaknya kalau makan kat luar terjamin tak kebersihannya? Persoalannya siapa yang memasak? Xkan xpernah terfikir benda-benda macam tu. Kadang-kadang kita nampak kat depan kedai tu bukan main cantik, cun melecun, decoration 5 star tapi di belakang atau bahagian dapur yang sebaliknya plak. 


    Pernah berlaku dalam hidup saya dengan kawan-kawan makan di sebuah kedai, masakannya boleh tahan la. Tapi setiap kali makan kat sana mesti ada 'sesuatu' kat dalam makanan tu. 'Sesuatu' tu antaranya lipas dengan rambut. eeeeuuuwwww  :P Terbaru dari berita Radio IKIM FM mengenai sebuah kedai mamak di Johor mengambil pekerja bukan Islam dari India dengan meletakkan logo halal tiruan di depan kedainya. Tetapi penipuan itu akhirnya pecah temerlang disebabkan pihak berkuasa minta Sijil Halal JAKIM dan mamak tersebut tidak dapat mengeluarkan Sijil Halal Tersebut.


    Dari cerita di atas ini, memang takut dan serik untuk makan diluar tambah-tambah kedai mamak nasi kandar. Sebab tahap kebersihannya sangat kotor dan tidak terjaga. Mamak buat roti canai, mee goreng basuh tidak tangannya semasa menyediakan makanan. Untuk mengelakkan masalah ini semua, boleh dengan cara kita sebagai pelanggan mesti memastikan kedai mamak atau kedai makan tersebut bersih terutama di dapurnya. Kerana ini penting untuk menjamin makanan tersebut bersih. Untuk kita mengetahui peribadi tuan kedai tersebut pembersih ataupun tidak, lihatlah pakaiannya atau dapurnya, dua perkara ini cukup untuk menggambarkan peribadi tuan kedai tersebut. Cara saya menilai kedai makan dari sudut kebersihan kedai, pakaian, bertudung, Tidak memasang lagu-lagu melalaikan, tidak memakai benda-benda yang diharamkan oleh Islam seperti orang lelaki memakai gelang atau rantai dan sebagainya. Kenapa saya perhatikan semua ni? Sebab semua ini akan mempengaruhi makanan yang masuk ke dalam badan dan menjadi darah daging kita. Orang yang soleh sangat menitik beratkan soal pemakanan kerana mereka beranggapan makanan yang tidak bersih dan kotor akan menjadi racun dalam diri mereka dan susah untuk melaksanakan ibadah kepada Allah. Di antara perkara yang mereka titik beratkan ialah sayur perlu dicuci dengan bersih(suci), pinggan atau gelas yang digunakan oleh orang kafir tidak akan digunakan, mereka tidak masuk kedai-kedai yang tidak bersih, tidak masuk kedai yang tidak menutup aurat dan seumpamanya.

    Makanan yang disediakan oleh kedai, kebanyakkan makanan tidak dibasuh dengan baik dan sempurna. Untuk mengelakkan semua ini berlaku, maka kita semua perlulah mencari kedai yang bersih, tuan kedainya tidak meninggalkan solat dan menutup auratnya dengan sempurna. Jangan melanggan kedai tersebut sekadar murah harganya, sedap masakannya, tetapi langganlah kedai makan berdasarkan kebersihannya dan ketaqwaannya kepada Allah. Barulah diri kita terhindar daripada perkara-perkara yang syubhah atau ragu-ragu.




    Countdown Puasa..dah Ganti ke Belum??

    Assalamualaikum pembuka bicara :)


    Pejam celik, pejam celik dah nak bertemu bulan Ramadhan balik... Tak sabar rasanya nak menyambut bulan Ramadhan (yeke :P) ... rindu suasana tu hehe.. kalau mengimbau balik semasa mula-mula belajar puasa dulu, macam-macam kerenah ada. Kalau xde RM sebagai upah, mesti wat2 lembik je a whole day hahaha.. tu la caranya ma ngan abah ajar sebab diorang tau anak perempuan diorang ni tricky sket... so sebulan puasa ma ngan abah janji nak bg RM30.. wow!! RM30 tu bnyak la jgk dlu.. dh boleh pasang satu badan untuk raya tu hoho.. masa umur 7 tahun da start puasa penuhhhh...duit punya pasal ape pn jadi...ish3 mata $_$ .. tp Alhamdulillah, sejak dari kecik dah didedahkan dengan nikmat berpuasa. Year by year xpenah skip puasa until la suatu masa yang menghalang sy dr berpuasa MySpace huhu ... Jadi, puasa yang dah ditinggalkan tu macam mana agaknya eh? Mestilah kena ganti kan...ingat senang-senang je ke nk skip puasa huhu.. Ustazah pernah bagitau, puasa Ramadhan yang ditinggalkan WAJIB digantikan. Haaaa kena gantiiii...tapi dah ganti pun..syok2 ^___^
    Namun jika seseorang itu tidak mampu menggantikan kerana uzur atau tua maka diwajibkan ke atasnya membayar fidyah. 


    Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di Bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Bulan Ramadhan tahun berikutnya.
    Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.

    Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya. Fidyah haruslah dibayar lebih awal dan bukanlah di penghujung Ramadhan kerana ia mungkin akan menyukarkan pusat zakat untuk membuat agihan kepada fakir dan miskin sebelum 1 Syawal. 




    Tunaikan tanggungjawab masing-masing ya, jangan sampai kita plak berhutang. 



    يا أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم ، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر ، جعل الله صيامه فريضة ، و قيام ليله تطوعا ، و من تقرب فيه بخصلة من الخير كان كمن أدى فريضة فيما سواه ، و من أدى فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه ، و هو شهر الصبر و الصبر ثوابه الجنة ، و شهر المواساة ، و شهر يزاد فيه رزق المؤمن ، و من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه ، و عتق رقبته من النار ، و كان له مثل أجره من غير أن ينتقص من أجره شيء قالوا : يا رسول الله ليس كلنا يجد ما يفطر الصائم ، قال : يعطي الله هذا الثواب من فطر صائما على مذقة لبن ، أو تمرة ، أو شربة من ماء ، و من أشبع صائما سقاه الله من الحوض شربة لايظمأ حتى يدخل الجنة ، و هو شهر أوله رحمة و وسطه مغفرة و آخره عتق من النار ،



    “Wahai manusia, bulan yang agung telah mendatangi kalian. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1. 000 bulan. Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai sebuah kewajiban, dan menghidupkan malamnya sebagai ibadah tathawwu’ (sunnah). Barangsiapa pada bulan itu mendekatkan diri (kepada Allah) dengan satu kebaikan, ia seolah-olah mengerjakan satu ibadah wajib pada bulan yang lain. Barangsiapa mengerjakan satu perbuatan wajib, ia seolah-olah mengerjakan 70 kebaikan di bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, sedangkan kesabaran itu balasannya adalah surga. Ia (juga) bulan tolong-menolong. Di dalamnya rezki seorang mukmin ditambah. Barangsiapa pada bulan Ramadhan memberikan hidangan berbuka kepada seorang yang berpuasa, dosa-dosanya akan diampuni, diselamatkan dari api neraka dan memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tadi sedikitpun” Kemudian para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, tidak semua dari kita memiliki makanan untuk diberikan kepada orang yang berpuasa.” Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam berkata, “Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan hidangan berbuka berupa sebutir kurma, atau satu teguk air atau sedikit susu. Ramadhan adalah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah (ampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka.”



    *Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah (1887), oleh Al Mahamili dalam Amaliyyah (293), Ibnu ‘Adi dalam Al Kamil Fid Dhu’afa (6/512), Al Mundziri dalam Targhib Wat Tarhib (2/115)*









    Friday, August 6, 2010

    Sindrom Kemurungan??

    بسم الله الرحمن الرحيم


    السلام عليكم


    Hari ni xde ape2 yang menarik, hambar jugak macam hari biasa, tapi...kebelakangan ni mudah je rasa tertekan,sedih, putus asa, sensitif yang teramat dan macam2 lagi yang sewaktu dengannya.. don't even know why..hmmm..bazir air mata je la heeee
    Apa penyebabnya?? Xkan sindrom kemurungan kot huwaaaa (utk yg monopause je tu)..MySpaceI'm 23 okiessssss..*eeeuuww*


    May be la lately selalu fikir pasal long term n short term stuff. Ok short term, konvo dan cari kerja..umang aiiii xtau la caner nanti. Long term, ofcoz la masa depankuuuuuuu huhu.. I'm d only hope of my parent (sebenarnya diorg xharapkan ape2 pun, cuma harap hdup dengan baik je), tu agak down je rasa nya sebab xpasti lagi macam mana hidup di masa akan datang. Kalau boleh tak nak la menyusahkan parent lagi, sedih woooo~
    Selalu jugak be positive be positive be positive and stay postive, but in d end, ade jugak rasa macam "alaaaaaaa  eeeeeee $#$@!#$!~@" tettttttt *censored* LOL acah je la...rasa macam lemah. Apela...xrock langsung sedey2.. Come on mekti!!! gambatte!!


    Sepatutnya xde ape yang boleh buat kita sedih dan putus asa selagi Allah sentiasa bersama kita kan kan kan? Xguna mengeluh untuk dugaan yang xseberapa jika nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih besar dugaannya (Astaghfirullahalazim selfish betol aku sbb fikir sal diri-sendiri je)
    Sebab tu, kadang-kadang kita berdoa untuk kuat, tapi makin banyak plak dugaan yang datang...kadang-kadang kita meminta ketenangan, tapi banyak plak masalah yang timbul..kadang-kadang kita meminta kebahagiaan, tapi terjadi plak huru-hara...dugaan yang menjadikan kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru-hara menjadikan kita tabah. Bukankah hebat kuasa Allah s.w.t. Seringkali kita terdengar orang cakap semuanya yang berlaku sudah tentu ada hikmahnya, yups! memang berasas pernyataan tu, SAYA SETUJU! hehe
    dan mungkin saya boleh selitkan hadis ni:


    Telah berkata jibril: 'Wahai Tuhan, Engkau tunaikanlah hajat hambaMu'
    Maka Allah menjawab: 'Biarkan hambaKu itu, kerana Aku mencintai suaranya'
    -Anas bin Malik-


    Jadi, sentiasalah memanjatkan doa kepada Allah s.w.t tanpa mengira waktu lapang mahupun sempit :)
    Hakikatnya dugaan dan kesenangan itu adalah satu nikmat, bersabarlah dengan dugaan dan bersyukurlah dengan segala kesenangan yang ada kerana dugaan dan kesenangan itu tanda cinta dariNya. Menangis kerana sedih, hati akan menjadi bisa pedih merintih..menangis kerana bersyukur, hati akan menjadi bisa akur dan tafakur. Sentiasa optimis dan percaya kepada ketentuanNya. Walaupun masih bersisa perasaan 'down' tu, InsyaAllah I'll do my best to recover ASAP hehehe..


    Ya Allah Ya Tuhanku, pasrahkanlah aku dengan takdirMu, sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buat ku kerana Engkau Maha Mengetahui akan segala yang terbaik buat hambaMu ini. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku dan bantulah aku dalam menempuh segala ujian dan dugaan dariMu. Amin Yarobbal3alamin...



    Thursday, August 5, 2010

    Tika Hati Merintih Pilu


    Tuhanku….
    ketika hati menangis, hanya kau saja yg tahu

    Tuhanku….
    Ketika mereka meninggalkan aku sendiri
    Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku
    PadaMu tempatku menagih kasih
    Ketenangan kurasa mendekatiMu
    Syahdu malam tak terasa sunyi

    Tuhanku….
    Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cobaan
    Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar arti kematangan
    Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan
    Pada mereka yang pernah melupakanku

    Tuhanku….
    Ketika aku buntu
    Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan
    Kau tak biarkan aku sendirian

    Tuhanku….
    Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira
    Syukurku melangit pun tak tercapai
    Sungguh aku merasa berdosa karena dulu sering lalai
    Semoga penyesalanku Kau terima

    ALHAMDULILLAH FOR ALL BLESSINGS GIVEN 

    Wednesday, August 4, 2010

    Nailah Al-Farafisyah

    Dia seorang wanita yang cantik dan baik akhlaknya, isteri Khalifah Uthman bin Affan, Nailah Al-Farafisyah. Seorang isteri yang ikhlas, setia dan taat pada suami. Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy malah mempunyai ayah yang menganut agama nasrani, namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu kerana kelebihan kecantikkan, kebijaksanaan, kefasihan lidah serta kematangan fikirannya.
    Nailah hidup di rumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan. Ketika pengepungan selama 50 hari di rumah Khalifah Uthman, orang yg tidak berengang daripada Khalifah Uthman ialah Nailah. Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah. Tiga orang telah terbunuh. Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah, namun masih ada dua orang yang melanggar perintah itu. 


    Muhammad bin Abu Bakar yang mengetuai pembelotan itu. Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yang ikal. Khalifah menegurnya "Nailah, tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung, sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku." Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah, yang penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya.


    Kedua-dua lelaki tersebut telah berada dihadapannya. Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya. Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut. Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar, dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain.


    Muhammad mencabut janggut Khalifah, memukul kepala dan menikamnya. Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup. Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah, badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah. Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak.


    Sesudah pembunuhan itu, tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau sehingga Nailah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza. Mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang. Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah. Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.


    Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang mencetus perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam. Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi "Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggar perjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah." Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong. 


    Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya, "Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?" Lalu Nailah menjawab, "Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".


    Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nailah banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman. Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya.


    Semoga keperibadian Serikandi Nailah Al-Farafisyah menjadi qudwah kepada muslimah sekalian kerana sungguh besar pengorbanannya dan begitu teguh kesetiaanya kepada zauj tercinta (Saidina Uthman bin Affan).. 
    So adorable... ^___^ n touching sgt2 huuuuu 
    MySpace

    Tindakan Berani Seorang Muslimah

    ALOR STAR 16 Jan. – Seorang gadis yang menjadi mangsa ragut bertindak nekad membelasah lelaki yang cuba melarikan beg tangannya dalam satu kejadian di Kilometer 15, Jalan Putra di sini semalam.
    Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika mangsa, Siti Naquiah Kamaruddin, 20, menunggang motosikal Yamaha Ego bersama ibunya, Aishah Adam, 47, dalam perjalanan dari Alor Star ke Padang Besar, Perlis.

    Peragut terbabit yang menunggang motosikal Yamaha LC mengekori mangsa dari belakang dan dia dikatakan cuba meragut beg tangan milik Siti Naquiah yang disangkut pada cermin sisi sebelah kanan motosikalnya.

    Siti Naquiah yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berkata, semasa peragut berbadan gempal itu menarik beg tangannya, kedua-dua motosikal mereka hilang kawalan dan terbabas di tepi jalan.
    ‘‘Tanpa berlengah saya terus bangun dan melompat ke atas peragut itu dan memijak muka serta badannya.

    ‘‘Saya memukulnya sehingga orang ramai datang membantu menangkap lelaki itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Menurutnya, peragut berkenaan kemudian dibawa oleh orang ramai ke Balai Polis Ayer Hitam dekat sini untuk diserahkan kepada polis.

    Siti Naquiah yang pernah mempelajari seni mempertahankan diri di sekolah memberitahu, peragut itu tidak melawan ketika dipukul tetapi ketika dia cuba melarikan diri lelaki berkenaan diberkas oleh orang ramai.

    Gadis itu hanya cedera di tangan kanan manakala ibunya luka di lutut kanan akibat terjatuh dari motosikal.

    Semasa kejadian, beg tangan mangsa mengandungi dua buah telefon bimbit jenis Nokia N70 dan Motorola V171, wang tunai RM7 serta dokumen peribadi.


    Dahsyat betul, tapi bangga ngan muslimah ni.. bukan calang-calang orang berani amik tindakan camtu, syabas di ucapkan. Bila baca sal ni, rasa takut je nak jalan-jalan kat luar sana. Ye la, ilmu pertahanan diri pun xde...setakat nak bagi penyepak rasa mcm xjalan je huhu... adik2 kat luar sana, elok la rasanya kalau kat sekolah tu join kelab seni mempertahankan diri. xrugi pn, nanti boleh tolong orang lain yg dlm kesusahan kan kan kan 
    MySpace

    Monday, August 2, 2010

    Syukran:::Thank You:::Shukriya:::Xie Xie


    Thank you my dear mum and dad for bringing me into this world and for your incomparable love. I am what I am today because of you!!!

    Thank you Allah for letting me live long and letting me to grow with wonderful parents, friends and family.

    Thank you my friends for making me understand you guys more and grow. Thanks for your friendship over the years. May be I didn't tell how I appreciate your friendship but I always had and always will appreciate your friendship. (Gosh! Happy Friendship Day guys!)

    Thanks to my colleagues for giving me a hand when I needed most.

    Last but not least, thank you to those who accompanied me, loved me and gave me unforgettable memories.

    Sob3 what a speech *rofl*

    Sunday, August 1, 2010

    Bila Cik Siti Jadi Blogger

    بسم الله الرحمن الرحيم

    السلام عليكم

    Well, this is going to be my first post. To be frank, I have no idea...tak tau nak taip mende.
    Xpe, sempoi je la kan, maafkan sy ya kalau ini agak menjengkelkan :P
    Hmmm selama ni asyik tinjau-tinjau blog orang lain je, tapi kali ni dah mula ada blog sendiri, yayyy!! dah 
    masuk suku abad dah pun tapi baru ada blog -_-

    Apepun Alhamdulillah, blog ni boleh dijadikan medium untuk berkongsi pendapat dengan bloggers yang lain dan semoga blog ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya. Wish me luck ya ^__^ 






     



    Gratisan Musik

    ©2010 Cahaya Kehidupanku ::: Best Viewed with Google Chrome ::: 1280x800

    :::::Ahlan Wasahlan::Welcome

    ::::~In the Name of Almighty Allah, Most Gracious, Most Merciful. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu. Hoping that you have a great visit here. Do not feeling bother to leave me some notes or comments. Thank you in advance. ^_^

    Man Ana? ::: Who am I?

    This is a tricky question to answer as I’m not always entirely sure who I am from one moment to the next. Let we start with my details. I'm Siti Aminah, was born in Kota Bharu on April 29th 1987, and lived in Machang till now. Kota Bharu and Machang?? Well that bring a lot of sweet moments as I love to stay in Kelantan(Malaysia). Sounds conservative right? Yes! My social views are conservative. But who care ;) How I think of myself? Sweet, cute, gorgeous, brilliant..are not included! But I know that I can be loyal, dedicated, caring, and borderline obsessive. Come be my friends, let us share the bestest moment together!

    Social Stuffs

    Aminah