MunajatKu

" Ya Allah, jadikanlah daku manusia yang bermanafaat kepada manusia yang lain"


" Ya Allah, letakkanlah dunia ini di tapak tangan ku tapi bukan di hati ku"


" Ya Allah, janganlah KAU uji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tempuhi, dan andainya KAU berikan aku ujian, maka kepilkan bersama ujian itu kekuatan untuk ku tempuhinya"


Pages

Wednesday, August 4, 2010

Tindakan Berani Seorang Muslimah

ALOR STAR 16 Jan. – Seorang gadis yang menjadi mangsa ragut bertindak nekad membelasah lelaki yang cuba melarikan beg tangannya dalam satu kejadian di Kilometer 15, Jalan Putra di sini semalam.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika mangsa, Siti Naquiah Kamaruddin, 20, menunggang motosikal Yamaha Ego bersama ibunya, Aishah Adam, 47, dalam perjalanan dari Alor Star ke Padang Besar, Perlis.

Peragut terbabit yang menunggang motosikal Yamaha LC mengekori mangsa dari belakang dan dia dikatakan cuba meragut beg tangan milik Siti Naquiah yang disangkut pada cermin sisi sebelah kanan motosikalnya.

Siti Naquiah yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berkata, semasa peragut berbadan gempal itu menarik beg tangannya, kedua-dua motosikal mereka hilang kawalan dan terbabas di tepi jalan.
‘‘Tanpa berlengah saya terus bangun dan melompat ke atas peragut itu dan memijak muka serta badannya.

‘‘Saya memukulnya sehingga orang ramai datang membantu menangkap lelaki itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, peragut berkenaan kemudian dibawa oleh orang ramai ke Balai Polis Ayer Hitam dekat sini untuk diserahkan kepada polis.

Siti Naquiah yang pernah mempelajari seni mempertahankan diri di sekolah memberitahu, peragut itu tidak melawan ketika dipukul tetapi ketika dia cuba melarikan diri lelaki berkenaan diberkas oleh orang ramai.

Gadis itu hanya cedera di tangan kanan manakala ibunya luka di lutut kanan akibat terjatuh dari motosikal.

Semasa kejadian, beg tangan mangsa mengandungi dua buah telefon bimbit jenis Nokia N70 dan Motorola V171, wang tunai RM7 serta dokumen peribadi.


Dahsyat betul, tapi bangga ngan muslimah ni.. bukan calang-calang orang berani amik tindakan camtu, syabas di ucapkan. Bila baca sal ni, rasa takut je nak jalan-jalan kat luar sana. Ye la, ilmu pertahanan diri pun xde...setakat nak bagi penyepak rasa mcm xjalan je huhu... adik2 kat luar sana, elok la rasanya kalau kat sekolah tu join kelab seni mempertahankan diri. xrugi pn, nanti boleh tolong orang lain yg dlm kesusahan kan kan kan 
MySpace

No comments:

Post a Comment

 



Gratisan Musik

©2010 Cahaya Kehidupanku ::: Best Viewed with Google Chrome ::: 1280x800

:::::Ahlan Wasahlan::Welcome

::::~In the Name of Almighty Allah, Most Gracious, Most Merciful. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu. Hoping that you have a great visit here. Do not feeling bother to leave me some notes or comments. Thank you in advance. ^_^

Man Ana? ::: Who am I?

This is a tricky question to answer as I’m not always entirely sure who I am from one moment to the next. Let we start with my details. I'm Siti Aminah, was born in Kota Bharu on April 29th 1987, and lived in Machang till now. Kota Bharu and Machang?? Well that bring a lot of sweet moments as I love to stay in Kelantan(Malaysia). Sounds conservative right? Yes! My social views are conservative. But who care ;) How I think of myself? Sweet, cute, gorgeous, brilliant..are not included! But I know that I can be loyal, dedicated, caring, and borderline obsessive. Come be my friends, let us share the bestest moment together!

Social Stuffs

Aminah