Monday, August 9, 2010
Makanan Oh Makanan
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ehem3 nampak x makanan kat atas tu... nampak kan? tu utk lunch semalam punya hehe.. singgang daging dan sayur terung.. perghhh dah lama mengidam terung... kebetulan ma beli terung pagi semalam terus plan nak goreng dengan ikan bilis. Alhamdulillah di atas rezekiNya ^____^
Untung kan masak sendiri, sebab kita tahu tahap kebersihannya macam mana. Agak-agaknya kalau makan kat luar terjamin tak kebersihannya? Persoalannya siapa yang memasak? Xkan xpernah terfikir benda-benda macam tu. Kadang-kadang kita nampak kat depan kedai tu bukan main cantik, cun melecun, decoration 5 star tapi di belakang atau bahagian dapur yang sebaliknya plak.
Pernah berlaku dalam hidup saya dengan kawan-kawan makan di sebuah kedai, masakannya boleh tahan la. Tapi setiap kali makan kat sana mesti ada 'sesuatu' kat dalam makanan tu. 'Sesuatu' tu antaranya lipas dengan rambut. eeeeuuuwwww :P Terbaru dari berita Radio IKIM FM mengenai sebuah kedai mamak di Johor mengambil pekerja bukan Islam dari India dengan meletakkan logo halal tiruan di depan kedainya. Tetapi penipuan itu akhirnya pecah temerlang disebabkan pihak berkuasa minta Sijil Halal JAKIM dan mamak tersebut tidak dapat mengeluarkan Sijil Halal Tersebut.
Dari cerita di atas ini, memang takut dan serik untuk makan diluar tambah-tambah kedai mamak nasi kandar. Sebab tahap kebersihannya sangat kotor dan tidak terjaga. Mamak buat roti canai, mee goreng basuh tidak tangannya semasa menyediakan makanan. Untuk mengelakkan masalah ini semua, boleh dengan cara kita sebagai pelanggan mesti memastikan kedai mamak atau kedai makan tersebut bersih terutama di dapurnya. Kerana ini penting untuk menjamin makanan tersebut bersih. Untuk kita mengetahui peribadi tuan kedai tersebut pembersih ataupun tidak, lihatlah pakaiannya atau dapurnya, dua perkara ini cukup untuk menggambarkan peribadi tuan kedai tersebut. Cara saya menilai kedai makan dari sudut kebersihan kedai, pakaian, bertudung, Tidak memasang lagu-lagu melalaikan, tidak memakai benda-benda yang diharamkan oleh Islam seperti orang lelaki memakai gelang atau rantai dan sebagainya. Kenapa saya perhatikan semua ni? Sebab semua ini akan mempengaruhi makanan yang masuk ke dalam badan dan menjadi darah daging kita. Orang yang soleh sangat menitik beratkan soal pemakanan kerana mereka beranggapan makanan yang tidak bersih dan kotor akan menjadi racun dalam diri mereka dan susah untuk melaksanakan ibadah kepada Allah. Di antara perkara yang mereka titik beratkan ialah sayur perlu dicuci dengan bersih(suci), pinggan atau gelas yang digunakan oleh orang kafir tidak akan digunakan, mereka tidak masuk kedai-kedai yang tidak bersih, tidak masuk kedai yang tidak menutup aurat dan seumpamanya.
Makanan yang disediakan oleh kedai, kebanyakkan makanan tidak dibasuh dengan baik dan sempurna. Untuk mengelakkan semua ini berlaku, maka kita semua perlulah mencari kedai yang bersih, tuan kedainya tidak meninggalkan solat dan menutup auratnya dengan sempurna. Jangan melanggan kedai tersebut sekadar murah harganya, sedap masakannya, tetapi langganlah kedai makan berdasarkan kebersihannya dan ketaqwaannya kepada Allah. Barulah diri kita terhindar daripada perkara-perkara yang syubhah atau ragu-ragu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment