Pejam celik, pejam celik dah nak bertemu bulan Ramadhan balik... Tak sabar rasanya nak menyambut bulan Ramadhan (yeke :P) ... rindu suasana tu hehe.. kalau mengimbau balik semasa mula-mula belajar puasa dulu, macam-macam kerenah ada. Kalau xde RM sebagai upah, mesti wat2 lembik je a whole day hahaha.. tu la caranya ma ngan abah ajar sebab diorang tau anak perempuan diorang ni tricky sket... so sebulan puasa ma ngan abah janji nak bg RM30.. wow!! RM30 tu bnyak la jgk dlu.. dh boleh pasang satu badan untuk raya tu hoho.. masa umur 7 tahun da start puasa penuhhhh...duit punya pasal ape pn jadi...ish3 mata $_$ .. tp Alhamdulillah, sejak dari kecik dah didedahkan dengan nikmat berpuasa. Year by year xpenah skip puasa until la suatu masa yang menghalang sy dr berpuasa huhu ... Jadi, puasa yang dah ditinggalkan tu macam mana agaknya eh? Mestilah kena ganti kan...ingat senang-senang je ke nk skip puasa huhu.. Ustazah pernah bagitau, puasa Ramadhan yang ditinggalkan WAJIB digantikan. Haaaa kena gantiiii...tapi dah ganti pun..syok2 ^___^
Namun jika seseorang itu tidak mampu menggantikan kerana uzur atau tua maka diwajibkan ke atasnya membayar fidyah.
Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan. Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya. Fidyah haruslah dibayar lebih awal dan bukanlah di penghujung Ramadhan kerana ia mungkin akan menyukarkan pusat zakat untuk membuat agihan kepada fakir dan miskin sebelum 1 Syawal. Tunaikan tanggungjawab masing-masing ya, jangan sampai kita plak berhutang. يا أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم ، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر ، جعل الله صيامه فريضة ، و قيام ليله تطوعا ، و من تقرب فيه بخصلة من الخير كان كمن أدى فريضة فيما سواه ، و من أدى فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه ، و هو شهر الصبر و الصبر ثوابه الجنة ، و شهر المواساة ، و شهر يزاد فيه رزق المؤمن ، و من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه ، و عتق رقبته من النار ، و كان له مثل أجره من غير أن ينتقص من أجره شيء قالوا : يا رسول الله ليس كلنا يجد ما يفطر الصائم ، قال : يعطي الله هذا الثواب من فطر صائما على مذقة لبن ، أو تمرة ، أو شربة من ماء ، و من أشبع صائما سقاه الله من الحوض شربة لايظمأ حتى يدخل الجنة ، و هو شهر أوله رحمة و وسطه مغفرة و آخره عتق من النار ، “Wahai manusia, bulan yang agung telah mendatangi kalian. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1. 000 bulan. Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai sebuah kewajiban, dan menghidupkan malamnya sebagai ibadah tathawwu’ (sunnah). Barangsiapa pada bulan itu mendekatkan diri (kepada Allah) dengan satu kebaikan, ia seolah-olah mengerjakan satu ibadah wajib pada bulan yang lain. Barangsiapa mengerjakan satu perbuatan wajib, ia seolah-olah mengerjakan 70 kebaikan di bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, sedangkan kesabaran itu balasannya adalah surga. Ia (juga) bulan tolong-menolong. Di dalamnya rezki seorang mukmin ditambah. Barangsiapa pada bulan Ramadhan memberikan hidangan berbuka kepada seorang yang berpuasa, dosa-dosanya akan diampuni, diselamatkan dari api neraka dan memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tadi sedikitpun” Kemudian para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, tidak semua dari kita memiliki makanan untuk diberikan kepada orang yang berpuasa.” Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam berkata, “Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan hidangan berbuka berupa sebutir kurma, atau satu teguk air atau sedikit susu. Ramadhan adalah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah (ampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka.” *Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah (1887), oleh Al Mahamili dalam Amaliyyah (293), Ibnu ‘Adi dalam Al Kamil Fid Dhu’afa (6/512), Al Mundziri dalam Targhib Wat Tarhib (2/115)* |
No comments:
Post a Comment